Peguam SPRM minta mahkamah larang ahli politik sensasikan inkues

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mengendalikan prosiding inkues berkaitan kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock hari ini menasihati semua pihak supaya membuat ulasan berdasarkan kebenaran dan fakta.

Azmil berkata, apa yang berlaku di luar mahkamah bukan bidang kuasanya dan beliau tidak boleh menyekat sesiapa termasuk media daripada membuat ulasan tetapi beliau berharap ulasan itu dibuat berdasarkan apa yang didengar di dalam mahkamah sahaja.

"Semua percakapan dan soalan yang dikemukakan terhadap saksi telah direkodkan. Orang ramai boleh tengok. Mahkamah tidak boleh halang orang membuat komen begitu juga dengan wartawan tetapi pada saya keterangan di dalam mahkamah ini akan diambil kira.

"Apa yang terjadi di luar itu (luar mahkamah) bukan kewalan kita tetapi yang membuat komen biarlah berdasarkan fakta," katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh yang masuk hari ke-17, di Mahkamah Koroner di sini.

Azmil membuat teguran itu apabila peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memohon supaya mahkamah tidak membenarkan ahli-ahli politik mensensasikan kes itu dengan membuat sidang media di luar mahkamah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan