Bantuan untuk pelajar cemerlang miskin bayar pinjaman PTPTN - Khaled

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik-beradik.

"Kita akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

"Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperoleh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian itu dan menyampaikan biasiswa YTAR kepada lima penerima di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga pengerusi YTAR berkata, biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

"Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

"Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN," katanya.

Mohamed khaled berkata, seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan.

"Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen," katanya.

Sementara itu, Mohamed khaled berkata, jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) di IPTA telah meningkat sebanyak 20.8 peratus iaitu seramai 8,132 berbanding 6,438 pensyarah pada tahun lalu.

"Jumlah ini merupakan 36.14 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,501 pensyarah di IPTA termasuk 1,261 tenaga pelajar dari luar negara," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan