PAS tolak saranan hukuman sebat dihapuskan

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Majlis Peguam tidak wajar meminta agar hukuman sebat dihapuskan untuk apa jua kesalahan jenayah di negara ini.

"Gesaan Majlis Peguam kepada pihak kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah adalah tidak wajar dan hendaklah ditolak.

"Tuduhan yang diberikan oleh Majlis Peguam seperti ia zalim, keterlaluan dan kuno adalah dianggap tidak tepat dan keterlaluan," kata beliau dalam kenyatan yang dikeluarkan semalam.

Nasharudin menjelaskan, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini ada asasnya dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini.

"Dalam Islam, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah-jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya," katanya.

"Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," tambah Nasharudin.

Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, kata Nasharudin, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Mudah-mudahan dosanya itu di ampun Allah," kata beliau sambil menambah, "saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu."

"PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya juga menyarankan agar pihak peguam syarie dapat menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan dan dialog bersama Majlis Peguam dan masyarakat supaya entiti dan sistem perundangan Syariah di Malaysia dimartabatkan," katanya.

Kelmarin Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.

Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.

Dalam kes Kartika, Majlis Peguam berpendapat, terdapat beberapa alasan yang boleh digunakan untuk menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap Kartika.

Di bawah undang-undang sivil, hukuman sebat ke atas wanita adalah dilarang sama sekali. Hukuman rotan ke atas beberapa lelaki mengikut taraf kesihatan dan umur juga dilarang,

Majlis Peguam juga menggesa kerajaan supaya menarik balik segala hukuman yang telah ditetapkan ke atas Kartika.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan