Kereta dihanyutkan arus deras, 2 anak beranak mati lemas

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEMAS...Dua anggota bomba dan penyelamat Sandakan ketika operasi mengeluarkan mayat seorang ibu bersama anak lelakinya berusia dua tahun mati lemas selepas kereta pacuan empat roda yang mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Tongod di Jalan Sapi Nangoh kira-kira 157 kilometer dari Sandakan semalam.--fotoBERNAMA
LEMAS...Dua anggota bomba dan penyelamat Sandakan ketika operasi mengeluarkan mayat seorang ibu bersama anak lelakinya berusia dua tahun mati lemas selepas kereta pacuan empat roda yang mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Tongod di Jalan Sapi Nangoh kira-kira 157 kilometer dari Sandakan semalam.--fotoBERNAMA

SANDAKAN: Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia dua tahun mati lemas selepas kereta pacuan empat roda yang mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Tongod di Jalan Sapi Nangoh kira-kira 157 kilometer dari sini semalam.

Lina, 35, seorang warga Indonesia sedang dalam perjalanan membawa anaknya yang sakit ke sebuah klinik kesihatan bila kejadian itu berlaku.

Pemandu kereta itu, pengurus sebuah ladang kelapa sawit di Ulu Tongod, yang berusia lingkungan 40an berjaya menyelamatkan diri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.18 pagi dan lokasi kejadian yang jauh dari sini menyebabkan anggota bomba hanya tiba di situ pada pukul 1 petang.

Operasi mencari dan menyelamat kemudian dilakukan dan dua mangsa yang lemas akibat terperangkap di dalam kereta itu hanya berjaya dikeluarkan pada kirakira pukul 4.50 petang, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, laluan menyeberangi sungai itu menjadi laluan biasa yang digunakan dari ladang kelapa sawit Ulu Tongod itu untuk pergi ke klinik kesihatan berhampiran. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan