JPJ, Puspakom periksa keselamatan bas ekspres di depot

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) telah memulakan pemeriksaan keselamatan bagi bas ekspres yang akan beroperasi pada musim perayaan Aidilfitri di depot syarikat bas ekspres.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata pemeriksaan awal bagi Ops Sikap XX 2009 itu adalah untuk memastikan keselamatan kenderaan dan keselesaan penumpang kerana pada perayaan lepas penumpang terpaksa menunggu ketika pemeriksaan dijalankan.

Tumpuan pemeriksaan adalah pada tayar dan brek bas bagi memastikan kenderaan selamat digunakan, katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

"Ini pertama kali pihak JPJ di setiap negeri akan memeriksa bas ekspres di depot syarikat bas ekspres. Kita sudah memulakan pemeriksaan di negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan untuk memastikan apabila masuk minggu ketiga bulan puasa, bas ekspres yang akan beroperasi berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata pada pemeriksaan itu, JPJ akan mengeluarkan slip pemeriksaan yang diperakui oleh Pemeriksa Kereta Motor (PKM) atau Pembantu/Penolong/Jurutera Unit Kejuruteraan Automotif JPJ.

"Slip tersebut akan digunakan semasa pemeriksaan di terminal bas dan mempunyai tempoh sah laku selama tujuh hari. Pemeriksaan secara rawak juga akan dilakukan di terminal-terminal bas," katanya.

Beliau berkata JPJ juga akan memantau jadual para pemandu bas ekspres untuk memastikan pemandu yang bertugas sama ada secara tetap ataupun tambahan tidak dibebani dengan jadual yang terlalu ketat dan boleh mengakibatkan keletihan ketara.

Mengenai bas yang disenaraikan sebagai tidak selamat untuk digunakan, beliau berkata bas sedemikian akan diperiksa semula pada minggu ketiga Ramadan bagi membolehkan pemiliknya melakukan penyelenggaraan dan baik pulih.

Solah juga berkata agensi kerajaan yang lain termasuk pihak polis akan turut memainkan peranan masing-masing dalam Ops Sikap XX 2009 seperti menjalankan pemeriksaan air kencing secara rawak.

Ops Sikap XX akan bermula dari 6 Sept hingga 28 Sept iaitu dua minggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepas dengan penguatkuasaan yang dijalankan terus menerus selama 24 jam.

"Pegawai penguatkuasa yang akan bertugas adalah seramai lebih kurang 2,000 orang. Cuti anggota penguatkuasa tidak akan dibeku selama tempoh operasi dijalankan.

"Tahun ini, kami memberi lebih tumpuan kepada pengangkutan awam dan kami akan meletakkan anggota penguatkuasa di setiap stesen teksi dan kereta sewa, lapangan terbang, KLIA, LCCT, stesen keretapi dan juga terminal bas," katanya.

Katanya Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan bagi kenderaan berat menggunakan jalan raya akan dikuatkuasakan pada 18-19 Sept dan 26-27 Sept.

Untuk keterangan lanjut, orang awam boleh menghubungi Bilik Kawalan 24 jam JPJ di talian 03-88866412. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan