Idris Jala dilantik menteri tanpa portfolio di JPM

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai pelantikan itu pada Bengkel KPI Kabinet di Putrajaya pagi ini. Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan pelantikan itu, katanya.

Idris, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines, akan mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Sebagai CEO PEMANDU, organisasi yang akan mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI), Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Koh akan meneruskan tugas beliau dalam memformulasi dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi mengenai pengurusan prestasi serta transformasi organisasi dengan tumpuan khusus terhadap Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA).

Koh akan menjadi pengerusi lembaga PEMANDU yang termasuk Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan lain.

Idris sebaliknya akan menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dan pengalaman di Shell dan Malaysia Airlines (MAS) serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam kerajaan persekutuan.

Idris, yang akan menjadi timbalan pengerusi lembaga PEMANDU, akan bertanggungjawab untuk sub khusus NKRA dan KPI Nasional (NKPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (MKRAs) dan MKPI.

Beliau akan melapor kepada Koh mengenai isuisu berkaitan KPI dan terus kepada Perdana Menteri mengenai tugas yang akan diberikan kepada beliau sebagai Menteri tanpa portfolio di JPM.

Menurut kenyataan itu, lembaga Malaysia Airlines akan mengumumkan secara berasingan CEO dan pengarah urusan baru syarikat penerbangan itu.

Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO Malaysia Airlines pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah pengarah urusan, Shell MDS (Malaysia) dan naib presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Antara 2000 dan 2002, Idris merupakan naib presiden, pemasaran runcit, Shell International.

Beliau juga naib presiden perundingan pembangunan perniagaan di mana beliau mengetuai pasukan atasan perunding dalaman mengenai projek penambahbaikan perniagaan radikal, memperbaharui model perniagaan runcit global Shell bagi mencapai pertumbuhan menguntungkan.

Antara tahun 1998 dan 2000, Idris adalah pengarah urusan Shell Sri Lanka, di mana beliau membantu memulihkan perniagaan LPG Shell di Sri Lanka.

Idris memegang ijazah dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana dari Warwick University, United Kingdom.

Sementara itu, semasa dihubungi Bernama susulan pelantikan beliau, Idris berkata: "Saya rasa terharu kerana diberi peluang ini dan akan melakukan yang terbaik untuk perubahan kepada negara." BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan