Hormati keputusan Mahkamah Syariah, kata Peguam Syarie

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada persidangan akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini, Khamis.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lepas selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008.

Mohamad Isa berkata sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan