Amaran nombor telefon iklan haram akan dibatal

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membatalkan nombor telefon yang dipaparkan dalam iklan haram yang ditampal di tempat awam sebagai tindakan tegas dalam menangani gejala itu.

Menurut kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagi tempoh Mei hingga Julai lepas, sebanyak 1,705 nombor telefon pada iklan haram telah dikumpulkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dikemukakan kepada SKMM bagi tujuan pembatalan.

Meskipun tindakan penguatkuasaan telah diambil secara berterusan melalui undangundang sedia ada seperti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Undang-undang Kecil Iklan dan Undang-undang Kecil Vandalisme namun masalah ini terus berleluasa.

"Lantaran itu, SKMM akan membantu PBT mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan tersebut dengan menyediakan nama, alamat serta butiran lain dan sebagai langkah seterusnya, PBT boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah dikenal pasti," menurut kenyataan itu.

Penampalan iklan haram dapat dilihat secara berleluasa di tempat awam seperti tiang lampu, pondok telefon, pokok teduhan, dinding bangunan, tiang LRT dan tempat menunggu bas.

Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan dan menjejaskan imej bandar malah menimbulkan gangguan awam seperti menutup papan tanda jalan dan orang ramai juga mungkin terpedaya dengan iklaniklan haram tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut iklan haram itu malah digunakan oleh individu atau pihak tertentu untuk menawarkan perkhidmatan yang kurang sihat.

Berikutan itu, orang ramai diminta terus bekerjasama membantu PBT dalam membanteras kegiatan penampalan iklan haram dengan melaporkan nombor telefon yang tertera pada iklan haram kepada PBT ataupun SKMM. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan