A(H1N1): Tiada kematian baru, seramai 259 pesakit positif

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) didaftarkan pada Khamis dengan jumlah kematian kekal 71 kes manakala pesakit yang disahkan positif dijangkiti wabak itu ialah 259 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 259 kes itu, 53 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 41 kes mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak atau bayi, bersalin dan hamil dan sindrom down.

Beliau berkata sejumlah 260 pesakit baru dengan gejala serupa influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 312 telah keluar hospital, menjadikan baki seramai 1,394 pesakit ILI dirawat di 94 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara.

"Langkah paling bijak bagi mereka yang mempunyai gejala ILI adalah berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat awam mereka hendaklah memakai mask (penutup mulut dan hidung) sepanjang masa," katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa wabak H1N1 di negara ini.

Beliau juga meminta orang ramai mengambil maklum berkaitan perbezaan antara gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza.

"Antara perbezaan ketara ialah apabila dijangkiti influenza, kebiasaannya individu akan mengalami demam yang tinggi (suhu melebihi 38 darjah celcius) sehingga tiga ke empat hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal.

"Manakala selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (suhu kurang daripada 38 darjah celcius), hidung berair dan kerap bersin," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan