PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (RABU)

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Rabu, 26 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

3.25 petang: Saksi ke-17, Mohd. Azhar dilepaskan tanpa syarat. Mahkamah ditangguhkan hingga pukul 2 petang esok.

3 orang saksi SPRM Selangor akan dipanggil esok.

2.45 petang: Mohd. Azhar memberitahu mahkamah bahawa kira-kira pukul 10 malam sewaktu beliau meninggalkan pejabat SPRM Selangor untuk pulang ke pejabatanya di Putrajaya, Teoh masih berada di sofa di ruang pendidikan masyarakat.

2.25 petang: Mohd. Azhar dan Mohd. Hafiz menaiki kereta milik Teoh yang dipandunya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam. Sewaktu di dalam kereta beliau menyatakan Teoh ada menerima panggilan telefon sebanyak 2 kali. Teoh bercakap dalam bahasa Mandarin.

2.20 petang: Mohd. Azhar memaklumkan bahawa beliau telah diarahkan supaya membawa laptop milik Teoh dan Mohd. Hafiz Idris membawa CPU yang telah disita di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

2.10 petang: Prosiding disambung dengan memanggil saksi ke-17, Mohd Azhar Abang Menteri, Penolong Penguasa SPRM Putrajaya dipamggil untuk memberi keterangan.

12.15 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat.

11.40 pagi: Mohd. Anuar memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah dimaklumkan oleh seseorang. Pegawai SPRM bernaman Bulkani Paharuddin bahawa terdapat pergaduhan antara Tan Bon Wah dengan si mati kira-kira pukul 2 pagi pada 16 Julai dalam tandas di bangunan SPRM Selangor.

Tan Bon Wah juga merupakan saksi yang hadir di pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

11.15 pagi: Koroner membenarkan Abdul Razak meneruskan menyoal balas saksi ke-16, Mohd Anuar dengan memfokuskan terhadap keterangan saksi dan ekshibit yang berkaitan.

11.10 pagi: Prosiding diteruskan. Koroner menolak permohonan Gobind.

Koroner membuat keputusan bahawa prosiding akan diteruskan seperti yagn dipersetujui semalam bahawa hanya akan berdasarkan 4 dokumen yang dicetak dari laptop milik Teoh dan tidak akan melangkaui daripada dokumen berkenaan.

Isu 4 dokumen berkenaan akan hanya dibangkitkan apabila pegawai SPRM, Mohd Nazri Ibrahim iaitu orang yang bertanggunjawab merakam keterangan Teoh serta En. Najib iaitu pegawai yang mencetak dokumen berkenaan.

10.10 pagi: Gobind membantah kepada mahkamah bahawa peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah melanggar persetujuan yang dibuat semalam iaitu keterangan Mohd Anuar adalah hanya akan berdasarkan kepada keterangan Teoh yang telah dirakam oleh SPRM berdasarkan 4 dokumen yang dicetak daripada laptop milik Teoh.

Gobind membantah dengan mendakwa bahawa Abdul Razak telah mengambil kesempatan dengan menggunakan platform inkues ini untuk mendedahkan hasil kesemua siasatan SPRM.

"Kami tidak ada apa-apa yg ingin disembunyikan, kami boleh bawa saksi-saksi kami untuk menentukan tuduhan yang dibuat oleh Mohd Anuar.Tuduhan Mohd Anuar adalah tidak berasas. Ia tidak adil bagi anak guam saya iaitu si mati," katanya.

Gobind seterusnya mencabr Abdul Razak supaya mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang berkaitan untuk diteliti.

Beliau kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah supaya prosiding ini diteruskan dengan mengkaji dokumen-dokumen berkenaan seolah-olah prosiding rasuah.

Koroner kemudiannya menangguhkan prosiding sebelum membuat keputusan.

9.30 pagi: Koroner Azmil Muntapha Abas membenarkan permohonan Salim. Ean Yong kemudiannya masuk ke mahkamah.

9.26 pagi: Gobind memperkenalkan peguam Salim Bashir sebagai peguam yang akan mewakili YB Ean Yong Hian Wah.

Salim memohon kepada mahkamah supaya membenarkan Ean Yong mengikuti prosiding inkues pada peringkat ini kerana ia melibatkan keterangan Teoh kepada SPRM. Teoh merupakan Setiausaha Politik kepada Ean Yong.

9.25 pagi: Prosiding inkues bermula. Saksi ke-16, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Anuar Ismail tampil semula menyambung keterangan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan