Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.

"Tempat itu juga adalah kubu Pas dan mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai," katanya yang turut menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya ini tidak boleh dibandingkan dengan pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan jumlah undi yang diperolehi calon BN, sokongan terhadap pakatan tidak berkurangan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2008.

"Kita nampak cuma ada sedikit perubahan (sokongan terhadap BN) di beberapa peti undi tetapi tidak begitu ketara," katanya.

Beliau berkata BN akan menganalisis punca kekalahan pada pilihan raya itu dari aspek sokongan pengundi Melayu, Cina dan India bagi membuat penambahbaikan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Muhyiddin berkata beliau yakin sokongan terhadap BN akan pulih dari semasa ke semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya dan yakin kita akan pulih," katanya.

Beliau turut mengingatkan Umno Permatang Pauh untuk terus bekerja keras bagi mendampingi pengundi dan memahami sikap mereka.

Sementara itu, Rohaizat berkata beliau akan terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu sebagai tanda terima kasihnya kepada pengundi yang menyokongnya.

Katanya, sebagai Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, beliau akan terus membantu golongan yang memerlukan bantuan di kawasan itu setelah mendengar masalah yang mereka hadapi mereka sepanjang tempoh berkempen.

Rohaizat berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka kerana itu adalah keputusan rakyat dan berharap Mohd Salleh akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk di situ. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan