Kes Kartika: Hisham arah KSU bincang cara terbaik laksana hukuman

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat keperluan untuk melihat apakah cara yang paling baik untuk melaksanakan hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, bekas model yang didapati bersalah kerana mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Ini kerana, katanya, kes ini bukanlah kes biasa dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana penjara di Malaysia.

Oleh itu, Hishammuddin berkata, pihaknya telahpun mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mahmood Adam supaya mengkordinasikan perbincangan dengan pihak Jabatan Penjara, Jakim dan Mahkamah Syariah dan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini tentang cara terbaik untuk melaksanakan hukuman rotan tersebut.

“Kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini, saya terpaksa mengaku...,” kata Hishammuddin sambil menambah semua pihak perlu berbincang bagi mengenalpasti bagaimanakah hukuman ini akan dilaksanakan.

Kartika, yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan sebanyak enam kali oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan setelah didapati bersalah mengambil minuman keras di lobi sebuah hotel tahun lalu, sepatutnya menjalani hukumannya semalam tetapi kemudiannya mendapati, pihak berkuasa telah menangguhkannya pada saat-saat akhir atas alasan ia tidak sesuai dilaksanakan pada bulan Ramadan sekarang.

Pada pandangan Hishammuddin, hukuman sebat itu bukanlah sesuatu perkara yang lumrah.

“Kes-kes macam ini biasanya hanya melibatkan kes dadah dan rogol dan tidak pernah melibatkan kes syariah,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan KDN.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan