Cubaan bakar kenderaan SPRM tiada kaitan dengan Teoh - KP Selangor

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berkata petunjuk baru yang diperolehi daripada siasatan ke atas percubaan membakar kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock.

Siasatan ke atas kes kejadian yang berlaku di pejabat SPRM Klang di mana kenderaan pacuan empat roda suruhanjaya itu hampir terbakar kerana dibaling dengan "molotov coktail" awal pagi Khamis lepas juga sudah hampir selesai, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan badan bukan kerajaan yang mewakili kaum India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

"Kita tak mahu ulas apa petunjuk yang kita ada, tak ada kaitan dengan Teoh tetapi ada kaitan dengan SPRM," katanya.

Khalid juga memberitahu bahawa masalah pandangan serong masyarakat India terhadap pihak polis pada masa ini kebanyakannya adalah berkisar dengan salah faham dan kurangnya perhubungan antara kedua pihak.

Oleh itu, beliau berkata dialog seperti yang diadakan hari ini akan diadakan dengan lebih kerap agar dapat merapatkan jurang salah faham antara keduadua pihak.

Khalid berkata pada tahun lepas, 51.92 peratus daripada jenayah kekerasan di Selangor melibatkan kaum India manakala jenayah harta benda pula 36 peratus daripadanya melibatkan kaum India.

Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, 35.61 peratus daripada jenayah kekerasan di lakukan oleh kaum India dan 26.72 peratus bagi jenayah harta benda, katanya.

"Walaupun 35 peratus daripada kadar jenayah di Malaysia disumbangkan oleh Selangor, beliau berkata indeks jenayah negeri ini bagi tujuh bulan pertama tahun ini ialah 31,943 kes berbanding dengan 34,363 kes bagi tempoh yang sama dalam tahun 2008.

"Kes jenayah kekerasan dari Januari hingga Julai tahun ini telah menurun kepada 6,761 kes daripada 6,927 kes dalam tempoh sebelumnya begitu juga degan kes jenayah harta benda yang telah menyusut kepada 25,182 dalam tujuh bulan pertama tahun ini daripada 27,436 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan