BN akan kaji punca kekalahan di Permatang Pasir - Najib

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) telah mencuba yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu. Najib berkata, beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan itu tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata BN akan mengkaji kesilapan itu supaya pada masa akan datang parti dapat melakukan yang lebih baik.

"Kita mesti lihat apa faktor yang boleh diperbaiki oleh parti kita," katanya ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang semalam.

Perdana Menteri juga enggan mengulas apakah kesilapan yang telah dilakukan BN pada pilihan raya berkenaan.

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan calon PAS Mohd Salleh Man, 52, memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperoleh 9,618 undi mengalahkan calon BN Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

Mengenai majoriti undi, Najib berkata daripada satu segi BN telah dapat menurunkan majoriti kemenangan parti lawan.

Pada pilihan raya umum 2008, calon PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi setelah memperoleh 11,004 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Mohd Hamdan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan