Ahmad Said yakin kemelut politik Umno Terengganu selesai

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan