ADUN Kulim sedia pegang jawatan Exco

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Lim Soo Nee menyambut baik serta bersedia untuk menerima pelantikan beliau sebagai Exco kerajaan negeri Kedah, walaupun tidak mempunyai pengalaman memegang jawatan penting seumpama itu sebelum ini.

Lim, 37, yang berasal dari Kilang Sagu, Kulim, akan dilantik menggantikan bekas Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, Mohd Radzhi Salleh yang mengisytiharkan dirinya wakil Bebas Ahad lepas.

ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, peluang berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk memperjuangkan hakhak rakyat dan akan melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan penuh amanah.

"Saya sudah terima banyak panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMs) yang mengucapkan tahniah dan sangat menghargai kepercayaan Menteri Besar serta penasihat parti yang memilih saya untuk menjadi Exco negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, untuk menggugurkan Mohd Radzhi yang juga ADUN Lunas sebagai Exco setelah mengumumkan keluar daripada PKR serta melepaskan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Lim juga berkata bahawa harapan beliau agar polisi yang diamalkan sebelum ini, iaitu sentiasa dekat dengan rakyat dapat diteruskan walaupun sudah memegang jawatan Exco kelak.

"Walaupun saya tidak ada pengalaman jadi Exco, saya akan tetap dengan polisi saya dan dasardasar yang tidak adil akan tetap saya bantah," katanya.

Sebelum majlis angkat sumpah diadakan minggu depan, portfolio yang dipegang oleh Mohd Radzhi akan diambil alih oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pada Pilihan Raya Umum ke12, Mac tahun lalu, Lim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lim Lee Choo dan calon Bebas, Khairul Anuar Ramli dengan majoriti 7,365 undi.

Lim, seorang kontraktor, mempunyai empat orang anak berusia antara tujuh dan 15 tahun hasil perkahwinannya dengan isteri, Woon Nyok Yen, 34. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan