Terengganu tidak cadang beri kuasa pada pegawai masjid

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang memberikan kuasa kepada pegawai masjidnya menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata undang-undang serta penguatkuasa yang ada di negeri ini telah cukup untuk mengatasi masalah orang Islam melibatkan arak.

"Susah juga nak beri kuasa...takut salah guna kuasa dan sebagainya, sebab itu (menahan) kena ada tauliah dan pelantikan serta kursus.

"Lagipun kita dah ada pegawai penguatkuasa yang dilantik. Jadi saya rasa itu telah memadai dan tak perlu melibatkan pegawai masjid lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan pegawai masjid di negeri itu menahan orang Islam yang melakukan kesalahan melibatkan arak.

Empat pegawai masjid iaitu nazir, imam, bilal dan siak diberi kuasa itu mengikut kesalahan jenayah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan