Shahrizat harap Kartika mohon semakan

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap Kartika Sari Dewi Sukarno akan memohon semakan bagi hukuman sebat yang dijatuhkan Mahkamah Syariah Kuantan.

Shahrizat berkata kes berkenaan menarik perhatian umum dan kementerian khuatir kes berkenaan akan menjadi contoh kes seumpamanya pada masa depan.

"Namun, terserah kepada beliau untuk memohon semakan, beliau boleh melakukannya dan saya berharap beliau akan melakukannya. Kita tidak boleh memaksa beliau untuk tidak disebat kerana beliau mungkin sudah bertaubat menyebabkan beliau menerima hukuman itu," kata Shahrizat kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Shahrizat berkata kementerian hanya ingin memastikan Kartika tahu mengenai haknya dan mempunyai kemudahan sumber perundangan.

Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 11 Julai tahun lepas. Meskipun hukuman itu dianggap keterlaluan dan zalim oleh banyak pihak, Kartika menerima hukuman itu dan membayar denda serta memohon hukuman sebat itu dilaksanakan segera.

Shahrizat berkata Kartika mungkin menghadapi trauma akibat dijatuhkan hukuman tersebut dan tidak mendapat nasihat bahawa beliau boleh mengambil jalan lain bagi mengelakkan hukuman itu.

Merujuk kepada perkembangan terkini kes itu, Shahrizat berkata keputusan penangguhan hukuman oleh Mahkamah Syariah Pahang semalam merupakan satu langkah positif dan menunjukkan keprihatinan pihak terbabit.

"Kita tidak mahu sistem syariah di negara ini dikatakan zalim hanya kerana satu kes ini dan seterusnya mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya.

Shahrizat tidak bersetuju dengan tanggapan sesetengah pihak yang meminta supaya hukuman tersebut diteruskan untuk melihat bagaimana sebenarnya hukuman rotan terhadap wanita dijalankan dalam hukum Syariah. "Ini bukan isu bagaimana sebatan itu dijalankan, tetapi isu keadilan. Adakah hukuman itu dijatuhkan sebegitu rupa kerana Kartika seorang wanita," kata Sharizat.

Beliau berkata pihaknya tidak mempertikaikan kuasa hakim Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman itu tetapi terkilan kerana hakim telah menjatuhkan hukuman paling berat.

"Dalam Islam apabila menjatuhkan hukuman mesti bijaksana, adil, dan ada belas kasihan. Walaupun sebagai pengajaran kepada pesalah kita tak boleh aibkan seseorang, apatah lagi dia seorang wanita," katanya.

Terdahulu Pengarah Ekskutif Sisters In Islam, Dr Hamidah Merican yang mewakili The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) menyerahkan memorandum bertajuk 'Justice For Kartika' kepada Shahrizat.

Memorandum itu antara lain meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera dalam menangani isu berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan