Rosmah saran komposer hasil lebih banyak lagu patriotik

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyarankan komposer-komposer tempatan agar menghasilkan lagu-lagu patriotik untuk menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat negara ini.

Isteri Perdana Menteri berkata, mereka tidak sewajarnya menghasilkan lagu-lagu genre romantis untuk tujuan mengaut keuntungan semata-mata.

"Apa yang saya lihat dari video konsert terakhir Allahyarham Sudirman Hj Arshad ialah Allahyarham merupakan seorang yang patriotik. Kalau Allahyarham boleh menyanyi begitu, jiwanya memang seorang yang patriotik.

"Dengan keunikan lagu-lagu patriotik ini, kita berharap semoga muda-mudi dapat menghayati mesej dan perkataan-perkataan yang cuba disampaikan Allahyarham dalam lirik lagu tersebut.

"Ini adalah satu cara untuk menyedarkan muda-mudi tentang perlunya mereka menghayati usaha-usaha generasi terdahulu dalam (memperjuangkan kemerdekaan negara),'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tayangan khas sempena Merdeka, "Sudirman, One Thousand Million Smiles" di Sri Pentas TV3, hari ini.

Hadir sama, kakak Allahyarham Sudirman, Datin Rodziah Arshad, Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Pengurus Besar EMI Records Malaysia, Hermond Cheng.

TV3 akan menyiarkan 'Sudirman, One Thousand Million Smiles' pada 31 Ogos ini, jam 10 pagi.

Rosmah yang juga Penaung Bersamamu TV3 berkata, generasi baru perlu disemai dengan semangat menghargai apa-apa nikmat yang telah diwarisi daripada pejuang-pejuang terdahulu.

"Jangan anggap kesenangan itu mudah dicapai. Jangan ambil mudah terhadap apa yang diperolehi sekarang," ujarnya.

Tambah Rosmah, konsert terakhir penghibur nombor satu negara dan Elvis Malaysia itu banyak menanam nilai-nilai positif.

"Menerusi konsert tersebut, Allahyarham Sudirman telah mempelawa penonton pelbagai kaum untuk bersama-sama naik ke pentas menjayakan konsertnya.

"Secara tidak langsung, Allahyarham mempraktikkan semangat 1Malaysia. Harap semua dapat mempraktikkannya sekaligus menghayati semangat 1malaysia," katanya yang tidak teragak-agak melantik Allahyarham sebagai seorang ikon 1Malaysia dalam bidang nyanyian.

Sementara itu, Rodziah menyifatkan kehadiran Rosmah dalam majlis ini sebagai satu penghormatan kepada Allahyarham dan keluarganya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan