PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (SELASA)

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Selasa, 25 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

3.05 petang: Koroner membenarkan permohonan Abdul Razak supaya pegawai penyiasat, ASP Mohd Nazri Zainal untuk merakamkan kenyataan saksi ke-16, Mohd Anuar Ismail berkenaan hasil siasatan SPRM terhadap Teoh.

Mahkamah ditangguhkan hingga esok.

3 petang: Prosiding disambung.

1 petang: Tunang mendiang Teoh, Soh Cher Wei masuk ke mahkamah untuk mengikuti prosiding.

12.30 tengah hari: Peguam pemerhati diberi peluang membuat soal balas terhadap saksi.

12 tengah hari: Mohd Anuar menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis selepas melihat mayat Teoh pada 16 Julai ialah kerana beliua mendapat arahan daripada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor (SPRM, Hishamuddin Hashim supaya laporan polis dibuat pada esok hari.

11.30 pagi: Prosiding disambung semula.

10.30 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.15 pagi: Mohd Anuar mengakui bahawa beliau menggunakan nama samaran 'Mai' dengan alasan bagi memudahkan panggilan. Kemudian Gobind menekan saksi dengan menyatakan bahawa penggunaan nama 'Mai' adalah bagi mengelakkan saksi tidak tahu nama sebenar pegawai-pegawai yang menyoal siasat.

10.10 pagi: Mohd Anuar tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa Teoh telah dikerumuni oleh 10 orang pegawai semasa soal siasat. Sebaliknya beliau menjelaskan hanya 2 orang pegawai yang menjalankan proses soal siasat.

10.05 pagi: Mohd Anuar mengakui beliau mengabaikan Teoh semasa bliau menjenguk proses soal siasat terhadap si mati. Teoh tidak memberikan respon bila Mohd Anuar bertanya sama ada terdapat apa-apa masalah sepanjang proses tersebut. Sebaliknya pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh yang memberi respon bahawa semuanya berjalan lancar tanpa masalah.

9.50 pagi: Suasana mahkamah menjadi tegang apabila Gobind membangkitkan keterangan saksi bahawa beliau tidur sepanjang mlm sedangkan sebelum itu beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa Teoh ditahan sepanjang malam bagi mempercepatkan siasatan yang kini menjadi isu sensitif. Kemudian peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa mencelah dengan berkata Gobind sepatutnya menyoal dengan lebih baik tanpa meninggikan suara.

9.40 pagi: Gobind bagaimanapun mendapatkan kepastian Mohd Anuar mengapa beliau tidak menunggu kehadiran peguam, Manoharan. Mohd Anuar menjawab jika peguam Manoharan ingin datang, tiada halangan bagi pihaknya. Namun beliau mengakui tidak berusaha untuk menunggu atau mendapatkan peguam bagi phak Teoh.

9.30 pagi: Mohd Anuar mengakui bahawa pihaknya tidak menunggu kehadiran peguam Manoharan sebelum memulakan soal siasat.Bagaimanapun, Mohd Anuar menyatakan kepada mahkamah bahawa beliau percaya si mati ad menghubungi manoharan dan bertanya sama ada ingin datang ke pejabat SPRM atau tidak.

9.17 pagi: Gobind mula menyoal balas saksi ke-16.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula dengan memanggil semula saksi ke-16, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail. Beliau menyambung keterangannya buat kali ke-3.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan