Kerajaan puas hati pengkuatkuasaan peraturan baru SPR - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan berpuas hati dengan peraturan larangan berkempen pada hari mengundi yang mula dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

Muhyiddin berkata, suasana hari mengundi di DUN Permatang Pasir lebih aman berbanding suasana pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan dan ia adalah kerana penguatkuasaan peraturan itu.

Katanya, peraturan itu haruslah dikuatkuasakan juga pada sebarang pilihan raya akan datang bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Beliau berkata, penguatkuasaan peraturan itu telah terbukti dapat mengawal suasana tegang antara penyokong partiparti yang bertanding di pusatpusat pengundian.

"Peraturan ada tapi tidak dikuatkuasakan, ini mungkin satu bentuk peraturan yang boleh digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum atau kecil yang lain bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram," katanya pada sidang media selepas melawat beberapa pusat mengundi DUN Permatang Pasir di sini hari ini.

Katanya, pada masa akan datang, kemungkinan satu taklimat khusus diadakan bagi setiap parti yang bertanding supaya mereka dapat mematuhi peraturan berkenaan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir setakat ini kerana lebih 50 peratus telah keluar mengundi sehingga pukul 2 petang ini.

"Saya harap 50 peratus pengundi yang belum keluar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan jentera pilihan raya BN yang bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen dalam usaha memastikan kemenangan calon BN dan perkara itu dapat menjadi kayu pengukur pada pilihan raya akan datang.

Mengenai aduan terdapat pengundi hantu pada pilihan raya kecil itu, beliau berkata, apa yang berlaku ialah nama pemilih yang didakwa sebagai pengundi hantu itu sebenarnya telah didaftarkan tetapi mereka tidak menetap di alamat yang didaftarkan itu.

Katanya selepas ini SPR perlulah membuat satu daftar pemilih yang baru, kemudian dipamerkan untuk proses bantahan sebelum diwartakan.

"Pada waktu bantahan itu, manamana pihak yang tidak setuju boleh membuat bantahan dan kemukakan bukti untuk tindakan SPR," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, beliau mendapat maklum balas bahawa rakyat kurang senang dan bimbang dengan budaya politik yang dibawa oleh pembangkang.

"Rakyat gundah dan rasa tidak selamat kerana parti pembangkang ini membawa budaya politik yang agak asing dan rakyat tidak begitu senang dengan perubahan itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, rakyat mesti menerima hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno adalah parti yang sesuai untuk rakyat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman yang meninggal dunia pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38 dan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan