JPA keluar pekeliling larang penjawat awam sertai perhimpunan haram

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penjawat awam melibatkan diri dalam perhimpunan haram atau apaapa bentuk gerakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Pekeliling itu yang bertarikh 13 Ogos dan ditandatangani Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam menggariskan bentuk larangan iaitu:

+ penglibatan secara aktif di luar waktu bekerja dengan menyertai apaapa bentuk gerakan atau perhimpunan haram yang dianjurkan oleh manamana pihak;

+ menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan haram dan

+ menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak dan mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan apaapa gerakan atau perhimpunan haram.

Ismail berkata jika cukup bukti, penjawat awam terlibat dalam perhimpunan haram atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara, mereka boleh disabitkan kesalahan kerana melanggar tiga tatakelakuan penjawat awam khususnya Peraturan 4(1) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu tidak memberi taat setia kepada Yang diPertuan Agong, negara dan kerajaan dan boleh dikenakan tatatertib.

Katanya dua lagi peraturan ialah Peraturan 4(2))a),(b) dan (c) iaitu penjawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya dan membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugasnya serta Peraturan 21(1) dan (2) mengenai larangan penglibatan penjawat awam dalam politik.

Ismail berkata ketiga-tiga peraturan itu bertujuan mempertahankan prinsip "Berkecuali" dan "Kesaksamaan" dalam perkhidmatan awam disamping berlandaskan konsep integriti bagi memastikan perkhidmatan awam merupakan perkhidmatan yang benarbenar stabil serta berkecuali terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti politik.

Oleh yang demikian, katanya, penjawat awam hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan