Inkues Teoh: Mendiang kelihatan gelisah, tidak tenang semasa di SPRM

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mendiang Teoh Beng Hock berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang sewaktu beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merampas komputer riba dan CPU miliknya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 15 Julai lalu.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata mendiang juga dilihat mundar-mandir dalam keadaan gelisah sewaktu berada di ruang pentadbiran pejabat SPRM apabila beliau tiba di pejabat tersebut untuk dirakam keterangan sekitar pukul 6 petang hari yang sama.

"Malah sepanjang perjalanan saya dimaklumkan Teoh sentiasa memegang telefon dan beberapa kali menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin)," kata Mohd Anuar dan menjelaskan Teoh memandu keretanya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam dengan diiringi dua orang pegawai SPRM.

Menurut Mohd Anuar lagi si mati juga tidak tenang ketika berada dalam pejabat SPRM sebelum beliau disoal siasat.

"Ketika berada dalam pejabat SPRM pada perhatian saya si mati gelisah dan tidak tenang," katanya.

Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan dan mengesahkan kerja-kerja yang menggunakan peruntukan bagi pihak ADUN Seri Kembangan itu.

Mendiang ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Mohd Anuar juga menjelaskan bahawa si mati tidak dapat menjawab beberapa soalan berkaitan beberapa dokumen yang diperolehi daripada laptop miliknya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dokumen berkenaan, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah mencetak empat keping dokumen berupa sebut harga daripada empat buah syarikat.

Beliau berkata demikian pada sesi soal balas oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding hari ini.

Malah Abdul Razak turut mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya nota keterangan Teoh yang dirakamkan oleh pihak SPRM semasa menyoal siasat si mati ditandakan sebagai barang kes.

"Saya mohon kepada mahkamah supaya nota keterangan Teon ditanda sebagai barang kes.

"Ini dapat menentukan bahawa si mati takut untuk menghadapi realiti... atas dasar ini ianya relevan dalam inkues ini," kata Abdul Razak.

Bagaimanapun peguam pemerhati pihak keluarga Teoh, Gobind Singh Deo membantah permohonan tersebut dengan menyifatkan keterangan tersebut tidak boleh diterima sepenuhnya di mahkamah kerana ia tidak dapat menjelaskan dengan terpeinci keadaan emosi mendiang.

"Ini tidak masuk akal, kenyataan tersebut bukannya kenyataan yang si mati ingin lakukan kerana berdasarkan keterangan awal saksi (Mohd Anuar) beliau nyatakan bahawa si mati mungkin ingin nyatakan sesuatu namun beliau tidak berbuat demikian.

"Malah saksi juga tidak ambil peduli dan tidak ambil kisah untuk mengetahu keadaan sebenar Teoh semasa soal jawab dijalankan," katanya Gobind.

Abdul Razak kemudiannya bangun dan berkata: "Saya hairan dengan pandangan sebegini, keterangan saksi sememangnya diterima di mahkamah, saya bukannya bawa surat layang di sini.

"Dari keterangan ini, kita boleh tahu bagaimana keadaan fikiran si mati, mengapa beliau tidak balik selepas diarah balik."

Selepas itu peguam yang mewakli kerajaan, Tan Hock Chuan mencelah dalam perbalahan tersebut dengan mengingatkan semua pihak bahawa tujuan inkues ini diadakan ialah bagi mencari punca kematian Teoh.

"Bila satu pihak kemukakan sesuatu teori, maka pihak yang satu lagi juga boleh mengemukakan teorinya juga.... matlamat kita ialah untuk mencari puncanya," kata Tan.

Koroner kemudiannya membuat keputusan bahawa pada peringkat ini keterangan tersebut tidak akan ditanda sebagai ekshibit atau barang kes sehingga pegawai yang merakamkan keterangan berkenaan tampil memberi keterangan sebagai saksi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan