Azizan serah surat berhubung kedudukan jawatan Exco Mohd Radzhi

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menyerahkan surat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memohon supaya Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.

Azizan berkata surat permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain dilampirkan bersama surat beliau.

"Tuanku terima surat saya. Kita tunggu keputusan Tuanku. Selagi baginda tidak buat keputusan, Mohd Radzhi masih lagi Exco," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyerahkan surat itu kepada Sultan Kedah di Wisma Zakat di sini, semalam.

Kelmarin, Mohd Radzhi mengistiharkan keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi tidak melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Menurut Azizan, Sultan Abdul Halim memahami perkara itu selepas beliau menerangkan kepada baginda bahawa Mohd Radzhi bukan lagi anggota PKR dan dia tidak layak menjadi Exco atas kuota PKR.

"Pertemuan saya dengan Tuanku berjalan mesra. Saya harap Tuanku akan pertimbangkan permohonan ini tetapi saya tidak tahu bila baginda akan buat keputusan," katanya.

Azizan berkata pengganti Mohd Radzhi sebagai Exco hanya akan dibincangkan dengan PKR selepas baginda membuat keputusan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan