Anwar nafi jumpa Najib di Putrajaya

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBERANG PRAI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau pernah bertemu dengan Najib, misalnya di bangunan Parlimen sebelum ini, bukannya baru-baru ini.

"Siapa kata (saya bertemu dengan Perdana Menteri)? Adakah Datuk Seri Najib berkata begitu?" kata beliau selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pasir pagi tadi.

Portal Malaysian Insider melaporkan kononnya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di Seri Perdana, Putrajaya.

Laporan itu menyebut Najib menyatakan kesediaan untuk bekerja rapat dengan pembangkang. Dilaporkan Najib mahu menyampaikan mesej bahawa sebagai Perdana Menteri beliau sanggup untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Pertemuan kedua-dua mereka dipercayai berlangsung kira-kira sejam.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pilihan raya kecil ini melibatkan calon PAS, Mohd. Salleh Man, 52, dan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu.

Mengenai perjalanan pilihan raya, Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan jentera Pakatan Rakyat kali ini.

"Yakin bahawa calon Salleh Man boleh menang dengan majoriti yang memuaskan. Saya berharap SPR akan menjalankan proses pengundian dengan baik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan