Ong Tee Kiat fail saman fitnah RM500 juta

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyaman Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM500 juta kerana mendakwa Tiong mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Ong, yang juga merupakan Presiden MCA, memfailkan writ saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 11.15 pagi ini melalui Tetuan Tan, Goh & Associates.

Beliau mendakwa Tiong, Pengarah Esekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung pemberian RM10 juta yang kemudiannya diterbitkan di laman web Malaysiakini pada Ogos 12 lalu.

Di dalam pernyataan tuntutannya, Ong berkata kenyataan itu tidak benar dan beliau memohon supaya Tiong membuat satu penarikan balik kenyataannya serta permintaan maaf disiarkan di semua surat khabar utama.

Ong juga menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalang Tiong atau ejennya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu.

Ong mendakwa kenyataan berunsur fitnah itu telah dikeluarkan secara mala fide dan dengan niat jahat bertujuan menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyalahgunaan kewangan oleh Port Klang Free Zone (PKFZ) dan peranan KDSB dalam penyalahgunaan kewangan berkenaan.

KDSB merupakan kontraktor siap guna bagi projek PKFZ, yang kini sedang disiasat oleh Jawatankuasa Kirakira Wang Negara.

Ong berkata kenyataan itu telah menyebabkan reputasi, imej, integriti dan nama baiknya tercemar di khalayak orang awam.

Beliau berkata tuduhan-tuduhan yang terkandung di dalam kenyataan fitnahnya itu bertujuan merosakkan namanya sebagai pemimpin negara dan mengakibatkan beliau dibenci, dihina dan ditindas orang awam.

Ong berkata melalui surat bertarikh 13 Ogos lepas, beliau meminta Tiong, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), untuk menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf tetapi sehinggga hari ini Tiong enggan berbuat demikian.

Sementara itu, seorang daripada peguam Ong, Ronnie Tan Tuan King berkata sekirannya menang kes ini, anak guamnya akan mendermakan bayaran ganti rugi yang diperoleh untuk kebajikan dan pelajaran. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan