Muhyiddin: Tindakan ADUN Lunas bukti PKR "retak tunggu belah"

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyampaikan bantuan Perkeso kepada Mohd Akiar Ismail, 52, (kiri) pada majlis penyampaian bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Permatang Rawa di Bukit Mertajam, hari ini.--fotoBERNAMA
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyampaikan bantuan Perkeso kepada Mohd Akiar Ismail, 52, (kiri) pada majlis penyampaian bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Permatang Rawa di Bukit Mertajam, hari ini.--fotoBERNAMA

SEBERANG PRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah lama menjangkakan akan ada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan keluar sebagaimana dilakukan oleh ADUN Lunas pagi semalam.

Sambil menyifatkan tindakan ADUN Lunas, Mohamad Radzhi Salleh sebagai satu perkembangan "retak menunggu belah", kata beliau, lebih ramai yang akan sedar dan bakal keluar PKR kelak.

"Saya sudah lama jangka bahawa dengan perkembangan dalam PKR lama-kelamaan, ramai pemimpin yang akan meninggalkan parti sama ada yang ada jawatan atau tidak," kata beliau yang berada di sini untuk kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir, semalam.

Pengundian berlangsung esok.

"Kawan-kawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak lagi bersama beliau, yang kemudian itu ramai yang tak tahu latar belakang terpedaya dengan gaya politik dan karisma beliau, akhirnya yang nyata mereka memahami bagaimana perjuangan parti PKR sebenarnya, hanya untuk satu manusia, bukan perjuangan besar untuk parti atau rakyat tapi puntuk kepentignan peribadi diri... lama-kelamaan mereka sedar," katanya.

Radzhi mengumumkan keluar PKR pagi tadi dan akan kekal bertindak sebagai ADUN Bebas selain terus menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah.

PKR, anggota gabungan Pakatan Rakyat, mempunyai enam kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tindakan wakil rakyat itu sebenarnya satu pengorbanan selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah.

"Sanggup buat begitu, bukan untuk masuk Barisan (BN), dia keluar PKR... saya sudah jangka, lama-kelamaan lebih ramai lagi yang terpedaya akan sedar dan sepatutnya mereka tidak bersama.

"Yang penting mereka faham perjuangan BN," katanya.

Beliau menolak bahawa Radzhi diajak masuk BN.

"Saya tak ajak mereka, terserah kepada mereka tapi apa pun keputusan tunjukkan satu perkembangan bahawa PKR sudah bukan suatu parti yang boleh bertahan untuk perjuangan yang boleh diterima rakyat lama-kelamaan tembelang ramai sudah sedar dan faham, terutama mereka yang ada harapan... ramai sudah faham dan akan keluar sekarang... sudah mudah sedar, bagus dan mengalakkan," katanya.

Muhyiddin menambah, "kita tak buat apa-apa, terserah kepada mereka."

"Kalau buat, kalau terjadi macam di Perak nanti, (akan) kata ada inisiatif (di pihak BN).

"Saya percaya beliau membuat keputusan sendiri," katanya.

Sama ada keputusannya akan membawa impak ke atas arah aliran kepada BN di Permatang Pasir, Muhyiddin yakin kerana DUN Permatang Pasir adalah sebahagian daripada Permatang Pauh yang wakil rakyatnya merupakan Anwar - sebahagian sokongannya adalah hasil sokongan penduduk Permatang Pasir.

"Kita harap pengundi jangan lagi terpedaya... kita boleh berikan sedikit tawaran dan harap buat pertimbangan yang bijaksana," katanya.

Menjawab soalan sejauh mana kesannya ke atas Pakatan Rakyat selepas dua bulan lalu DAP mengugut hendak keluar Pakatan Rakyat Kedah, Muhyiddin memberitahu:

"Masalah ini seperti retak menunggu belah, cuma (pakatan) untuk kepentingan politik masing-masing... PKR dan PAS Kedah, PAS dan DAP Pulau Pinang, jelas tak sepakat dalam banyak isu.

"Dalam soal isu-isu pokok, bukan isu remeh, tak boleh bertahan, tapi cuba menafikan... tempoh tidak lama," katanya.

Ditanya tenteng spekulasi di Selangor juga akan ada wakil rakyat PKR akan keluar untuk menyertai BN, Muhyiddin menambah, "saya tak dengar."

"Tak tahu, jika ada perkembangan yang baik, mungkin mereka tengok sendiri, lihat.. pihak lain tak suruh mereka (wakil Pakatan Rakyat) beralih parti," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan