Speaker DUN Kedah diminta timbang semula keputusan

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail diminta menimbang semula keputusan beliau yang mahu wakil rakyat Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Anggota Parlimen yang juga Ketua Umno bahagian Kubang Pasu Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

"Umno tidak menafikan kesalahan Abu Hassan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pada Ahad.

Beliau yang juga timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kedua-dua pihak sepatutnya memberi tumpuan untuk menunaikan tuntutan rakyat dan usaha mengukuhkan ekonomi negeri.

Isu Abu Hassan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 17 Ogos lepas memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 9 April dan 9 Ogos tahun ini.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker hendaklah mengosongkan kerusinya.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.

Mohd Johari berkata Umno Kubang Pasu akan mempertahankan Kota Siputeh yang pernah menjadi sebahagian daripada kawasan Parlimen Kubang Pasu habis-habisan jika SPR mengisytiharkan pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan.

"Parti-parti dalam Pakatan pembangkang tidak akan berhenti merancang pilihan raya kecil untuk mengalih perhatian rakyat daripada membincangkan banyak isu lebih besar di Selangor, Perak dan Pulau Pinang."

"Mereka berharap pilihan raya kecil akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka," katanya.

Beliau berharap semua wakil rakyat mengambil iktibar kejadian yang menimpa Abu Hassan supaya tidak cuai, tahu 'pantang larang' dan memastikan sebarang tindakan mereka tidak akan menyusahkan parti. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan