Najib mahu FELDA, FELCRA dan RISDA wujudkan konsortium

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan supaya tiga agensi pertanian terbesar di negara ini bergabung mewujudkan satu konsortium bagi membolehkannya melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi.

Perdana Menteri berkata beliau yakin kerjasama Felda, Risda dan Felcra itu mampu memberi keuntungan berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang akan dilaksanakan.

"Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan mewujudkan satu konsortium.

"Saya telah minta pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita buat satu ketetapan bagaimanapun konsep gabungan itu dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) Risda di sini, pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Najib berkata banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.

Beliau berkata projek-projek yang dijalankan antara ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.

Najib berkata sebagai contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra.

"Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau buah sawit, kita akan dapat nikmat ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.

"Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang masing-masing di ladang masing-masing.

"Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut," katanya.

Najib berkata cadangan itu bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit sebelum ini dilihat mampu mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.

"Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.

"Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan