Kerajaan galak kewujudan bazar Ramadan -Najib

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan kewujudan bazar Ramadan kerana ia merupakan satu kaedah perniagaan yang amat baik yang memberi pulangan lumayan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bagi peniaga kecil, bulan Ramadan merupakan bulan keemasan yang membolehkan mereka memperoleh pendapatan begitu baik.

Bagi pengunjung pula, selain dapat menikmati suasana meriah, mereka berpeluang untuk membeli makanan dengan harga yang berpatutan, katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Jalan Raja Alang.

Terdahulu, Najib turut menyampaikan sumbangan bubur lambuk anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Petronas dan Maggi di perkarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Najib berkata kerajaan dalam usaha membantu peniaga kecil mengambil langkah untuk mengurangkan bayaran lesen peniaga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan serendah RM14 sepetak hanya untuk sebulan Ramadan.

"Keputusan kerajaan itu untuk membantu peniaga walaupun kita tahu keuntungan mereka jauh lebih besar daripada biasa," katanya.

Santai dengan kemeja lengan pendek berwarna putih, Najib tiba di Masjid Jamek Kampung Baru dekat sini dengan ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka Nur Ashman dan Nur Najwa.

Keluarga Perdana Menteri itu turut meluangkan masa hampir satu jam untuk meninjau gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah sebelum turut membeli beberapa hidangan yang dijual.

Ditanya apakah yang dibelinya, Najib berkata: "Saya beli macam-macam. Ramadan... tengok semua rasa sedap".

Kehadiran Perdana Menteri dan keluarga mendapat sambutan bukan hanya daripada peniaga-peniaga di Jalan Raja Alang, tetapi juga para pengunjung yang tidak menyangka kehadiran mereka.

Para peniaga dan pengunjung mengambil kesempatan bersalam dan bergambar dengan pemimpin negara itu.

Mereka bukan sahaja berkesempatan bertemu dengan Najib tetapi juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membeli belah di bazar Ramadan itu.

Najib turut bersalaman dengan Dr Mahathir apabila mereka bertembung di lokasi sama.

Kehadiran Dr Mahathir di bazar Ramadan Jalan Raja Alang bukan lagi asing kerana ia telah menjadi kelaziman negarawan itu untuk mengunjungi lokasi itu setiap tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan