H1N1: Tiada kematian dalam tempoh 3 hari

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dalam tempoh tiga hari berturut-turut, menjadikan angka korban akibat wabak itu kekal pada 68 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru disahkan akibat pandemik itu sehingga laporan situasi semasa pandemik H1N1 dikeluarkan pada Ahad.

Dr Mohd Ismail berkata seramai 1,476 orang yang menghidap gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) ILI sedang menerima rawatan di 102 hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18 peratus) yang disahkan positif H1N1, kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata daripada 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes merupakan kemasukan baru sementara tiga kes dipindah keluar dari ICU.

"Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 kes (85 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (lapan), diabetes (tujuh), kanak-kanak/bayi (empat), penyakit respiratori kronik (dua), postnatal (satu) dan Sindrom Down (satu).

Di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga hari ini berjumlah 235,897 dengan 2,543 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara terjejas sebanyak 182.

WHO dalam laporannya mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan