ADUN Lunas Radzhi keluar PKR

Diterbitkan: Ahad, 23 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas di Kedah, Mohammad Radzhi Salleh pagi tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Beliau berkata keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas.

Beliau berkata seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaluddin.

Mohd Radzhi berkata walaupun keluar dari PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai Adun bebas di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S.Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Di PADANG SERAI, Bekas Ketua PKR cawangan Padang Serai, Hamid Osman, 68, berkata beliau telah menduga cawangan itu hanya menanti masa untuk dibubarkan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzi Salleh yang sedar parti itu tidak akan ke mana yang menghadapi terlalu banyak masalah," kata Hamid kepada Bernama semasa dihubungi.

Hamid yang mengetuai cawangan itu sejak 2004 dan mengisytiharkan keluar parti April lepas, berkata beliau dan lebih daripada 500 yang lain sedang menimbang untuk menyertai Umno.

Seorang lagi bekas pemimpin PKR Padang Serai, Sarji Singh, 45, pula tidak terperanjat dengan pengisytiharan Mohd Radzhi keluar parti itu kerana beliau dan lebih 1,000 orang anggota PKR telah keluar parti itu untuk menyertai MIC tahun lepas.

Menurut Sarjit, faktor utama ramai anggota meninggalkan PKR kerana sudah muak dengan sikap angkuh anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang tidak mengambil tahu masalah rakyat yang diwakilinya selain tidak menghormati undang-undang negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan berkata UMNO sedia menerima bekas anggota PKR demi perpaduan orang Melayu dan pembangunan sejagat.

Pengerusi Gerakan Padang Serai, Tang Liang Hiang pula berkata parti itu sentiasa membuka pintunya kepada penyokong dan bekas anggota PKR. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan