Surat misteri: Khir Toyo timbang ambil tindakan undang-undang

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat hingga membawa kepada kematian Teoh.

Dr. Khir berkata pada ketika ini beliau telah meminta peguamnya untuk meneliti dengan lebih lanjut kesahihan surat misteri yang kini tersebar luas di beberapa buah laman web dan juga blog sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

"Kita tengok dulu macam mana, saya dah minta peguam saya selidik dulu tentang perkara ini," katanya kepada mStar Online.

Beliau yang kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci, Mekah bagaimanapun berkata sebarang tindakan susulan hanya akan dibuat selepas beliau pulang ke tanah air pada 2 September depan.

"Apa-apa pun tunggu saya balik dari kerjakan umrah dulu, nanti kita putuskan," katanya.

Rabu lalu semasa prosiding inkues kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mahkamah didedahkan dengan kemunculan surat misteri yang dipercayai merupakan penemuan baru bagi siasatan kes berkenaan.

Surat tersebut antara lain kononnya mendakwa terdapat konspirasi di antara pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menjatuhkan kerajaan negeri sekarang dengan menjalankan pelbagai siasatan ke atas pemimpin-pemimpin negeri sehingga membawa kepada kematian Teoh.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan