Segmen istimewa "30 Ramadan, 1 Syawal" untuk pembaca mStar Online

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semuanya khusus untuk Ramadan ini, daripada berita sehinggalah ucapan secara online, layari segmen "30 Ramadan, 1 Syawal" di mStar Online.

Bermula hari ini, segmen ini akan menyediakan pelbagai maklumat mengenai Ramadan dan Syawal termasuk berita, resipi, bazar, tazkirah dan video ucapan daripada selebriti-selebriti tanah air.

Bagi yang ingin mencari lokasi bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang atau ingin berbuka puasa di hotel atau restoran, boleh berkunjung ke ruangan "Bazar Ramadan" yang memaparkan pelbagai juadah dan tawaran menarik.

Bagi pembaca yang berhasrat menyediakan juadah berbuka puasa sendiri, boleh melayari ruangan "Resipi Ramadan" yang menyediakan lebih daripada 15 resipi kegemaran selebriti tempatan termasuk Iqram Dinzly, Vanidah Imran, Rita Rudaini, Intan Ladyana dan Que Haidar.

Pembaca mStar juga boleh menghantar e-kad atau kad ucapan Hari Raya secara Online kepada yang tersayang. E-kad ini memaparkan artis terkemuka tanah air termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Sharifah Amani, Noryn Aziz, Diana Danielle, Sarimah Ibrahim dan Lisa Surihani.

Hanya klik pada ikon arahan mudah yang disediakan dan e-kad yang anda mahukan tersedia untuk dihantar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga tersayang.

Selain itu, apa yang lebih menarik, segmen ini juga turut memaparkan rakaman ucapan menyambut Ramadan dan Hari Raya daripada artis-artis terkenal kepada pembaca-pembaca mStar.

Layari segmen "30 Ramadan, 1 Syawal" untuk maklumat lanjut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan