Surat misteri kini tersebar ke laman blog, SPRM sedang pantau kesahihannya

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menentukan sama ada surat misteri yang disebut dalam inkues Teoh Beng Hock Rabu lalu adalah sama dengan surat yang kini tersebar luas di beberapa buah laman web dan juga blog.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad bagaimanapun berkata hari ini, pihaknya masih belum berpeluang untuk meneliti isi kandungan surat berkenaan.

“Tetapi jika ianya sama, kita akan meminta pihak polis dan juga Lembaga Aduan Dalaman SPRM menyiasat perkara ini,” katanya ketika sidang media selepas majlis penutup 'Executive Certificate Course For Strategic Management of Anti-Corruption Program' di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, hari ini.

Surat tersebut antara lain kononnya mendakwa terdapat konspirasi di antara pegawai tinggi SPRM Selangor dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menjatuhkan kerajaan negeri sekarang dengan menjalankan pelbagai siasatan ke atas pemimpin-pemimpin negeri sehingga membawa kepada kematian Teoh.

Pada 15 Julai lalu, Teoh telah dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam Shah Alam untuk disoal-siasat sebagai saksi berhubung dakwaan salah guna dana kawasan wakil rakyat oleh beberapa wakil rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bagaimanapun pada keesokan harinya Teoh, 30, telah ditemui mati terjatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut. Teoh adalah pembantu politik kepada ahli exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah.

Ekoran kejadian itu, Jemaah Menteri telah mengarahkan pembentukan inkues bagi mencari punca yang membawa kepada kematian Teoh.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan