Nik Aziz perlu selesaikan soal kenyataannya dengan Majlis Fatwa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu menghormati keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Muhyiddin berkata, sekiranya Nik Aziz mendakwa, terdapat perkara yang tidak betul mengenai keputusan itu berikutan ia dibuat tanpa dirujuk kepada beliau terlebih dahulu, Nik Aziz dinasihatkan bertemu sendiri dengan pengerusi jawatankuasa, Datuk Abdul Shukor Husin bagi memberikan penjelasan.

"Apa pun, itu tidak boleh dipermainkan, ia harus dihormati.

"Kalau Nik Aziz kata, ada beberapa perkara yang tidak berapa betul, dia kena beritahu sendiri kepada pengerusi Majlis Fatwa.

"Tidak payah debat dalam media dan sebagainya kerana ini membabitkan maruah beliau," katanya kepada media selepas melancarkan logo Perdananan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) dan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp Malaysia dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) di sini, hari ini.

Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan beliau terlebih dahulu.

Beliau menyifatkan jawatankuasa tersebut sebagai tidak profesional dan keputusan itu telah dipengaruhi oleh pihak lain.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan sebelum itu memutuskan kenyataan Nik Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, media pada hari ini telah pun mengeluarkan transkrip kenyataan Nik Aziz itu dan beliau sepatutnya tahu apa yang dilakukannya.

"Jadi saya tidak perlu nak nasihatkan Tok Guru...beliau patut tahu apa yang dilakukan," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Datuk Ir Al Amin Abdul Majid sebagai Pengerusi SME Corp Malaysia dan Datuk Hafsah Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Al Amin dan Hafsah masing-masing sebelum ini adalah Pengerusi dan CEO Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec).

SME Corp Malaysia akan mula beroperasi 1 September ini menggantikan Smidec dengan memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha memastikan industri kecil dan sederhana negara ini akan terus berkembang dalam senario ekonomi semasa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan