Surat misteri inkues Teoh, koroner arah siasatan baru

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret semalam mengarahkan siasatan dijalankan berhubung satu surat misteri yang dipercayai mengandungi penemuan baru bagi membantu inkues kematian pembantu politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkembangan terbaru itu.

"Ada beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan inkues ini, jadi saya perlu arahkan pegawai penyiasat untuk satu siasatan segera.

"Saya harap siasatan yang dijalankan terus menjurus kepada skop inkues ini," kata koroner selepas meneliti kandungan surat asal yang diserahkan kepadanya pada prosiding semalam.

Malah koroner turut mengingatkan kepada peguam bagi semua pihak supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan surat tersebut kepada media kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebelum itu, pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 3.12 petang, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sepucuk surat yang mengandungi maklumat penting berhubung inkues ini.

"Pada petang semalam iaitu selepas prosiding, saya menerima sepucuk surat yang mengandungi banyak perkara dan maklumat berkenaan dengan inkues.

"Surat tersebut bertarikh 5 Ogos, tetapi saya tak boleh dedahkan kandungannya di sini (mahkamah).

"Oleh itu saya ingin membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyiasat kandungan surat itu yang sangat penting dan releven," kata Gobind.

Surat mengandungi lima muka surat bertaip lengkap berkepala surat tersebut diserahkan untuk simpanan mahkamah.

Peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan bagaimanapun taida bantahan terhadap permohonan tersebut.

"Dakwaan dalam surat ini perlu disiasat oleh polis kerana kita semua berada di sini untuk mendapatkan kebenaran berhubung perkara ini.

"Ada beberapa nama disebut dalam surat itu dan pihak polis perlu diberikan peluang untuk mengesahkan kebenaran dakwaan dalam surat ini atau pun sebaliknya," kata Tan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan