SPRM tahan reman PA Ronnie jika siasatan tak selesai 6 petang

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan reman pembantu khas Exco Selangor, Wong Chuan How jika siasatan yang dijalankan terhadapnya tidak selesai sehingga pukul 6 petang ini.

Bagaimanapun, hasil perbincangan antara peguam yang mewakili Wong, SPRM berkompromi agar siasatan diteruskan sehingga selesai walaupun akan berakhir lewat malam.

Peguam Cha Chee Chin berkata, SPRM bersetuju melanjutkan proses rakaman percakapan.

"Kita jangkakan mungkin pukul 9 atau 10 malam baru selesai, sekarang rakaman masih berterusan...ada beberapa kes peruntukan yang disiasat.

"Opsyennya hanya dua, tak selesai pukul 6, dia akan ditahan reman, tapi jika selesai malam ini, tak adalah reman," katanya kepada media di luar pejabat SPRM sebentar tadi.

Wong, pembantu kepada Exco Selangor, Ronnie Liu, mula memberi keterangan di SPRM sejak pukul 11.30 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Menurut Cha, Wong disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23, Akta SPRM.

BERITA TERDAHULU

PA Ronnie disiasat 3 jam, disambung petang

PUTRAJAYA: Pembantu khas Ronnie Liu, Wong Chuan How disiasat hampir tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan kerajaan negeri.

Menurut peguam Cha Kee Chin yang ditemui di luar pejabat SPRM, rakaman keterangan itu akan disambung pada sebelah petang.

Jelasnya keterangan Wong dirakamkan oleh seorang pegawai SPRM yang berbahasa Mandarin.

"Pegawai itu didatangkan khas dari SPRM Ipoh, kami empat orang peguam yang mewakili Wong tidak dibenarkan bersama semasa keterangan dirakamkan," kata Cha.

Tambah Cha, Wong disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM.

Katanya keterangan Wong mula dirakamkan pada pukul 11.30 pagi dan akan bersambung pada sebelah petang.

Selain Cha, tiga lagi peguam yang mewakili Wong ialah John Fernandez serta dua peguam yang dilantik kerajaan negeri iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusii dan Imran Hazali Abdul Hamid.

BERITA TERDAHULU

PA Exco Selangor hadir di SPRM dengan bertongkat

PUTRAJAYA: Pembantu khas seorang Exco Selangor, Wong Chuan How hari ini hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau yang mengalami kecederaan di kaki tiba di pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi dengan bertongkat.

Turut bersama beliau adalah peguamnya, John Fernandez dan Cha Kee Chin.

Baru-baru ini, Wong yang merupakan pembantu khas kepada Exco Kerajaan Tempatan ,Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan kerajaan negeri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan