Sembilan krew Mt Formosa mungkin terperangkap dalam kapal

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Sembilan krew kapal tangki MT Formosa Product Brick yang masih belum ditemui mungkin terperangkap dalam bilik enjin atau kabin dan gagal menyelamatkan diri dalam pelanggaran kapal tangki itu dan kapal MV Ostende Max di Selat Melaka, Selasa lepas.

Pengarah Mencari dan Menyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata berdasarkan kebakaran besar itu dan jika dilihat keadaan kapal, peluang mereka hidup adalah tipis.

"Kita tidak menolak kemungkinan sembilan krew kapal tangki itu tidak sempat menyelamatkan diri dan terperangkap dalam kapal...setakat ini kapal tangki itu masih berada di perairan Sepang," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam kejadian pada 8.50 malam itu, seramai 16 daripada 25 orang anak kapal tangki itu termasuk kapten kapal yang sebahagian besar warga China, berjaya diselamatkan manakala sembilan masih hilang.

Katanya operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. Operasi hari ini bermula pukul 7 pagi dan berakhir 6.30 petang.

Katanya operasi hari ini turut melibatkan dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Laksamana Hang Nadim, KD Jerai serta dibantu tiga bot APMM, tiga bot polis dan bomba serta dua helikopter dari polis dan APMM.

Sementara itu, katanya kebakaran di kapal tangki itu telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.30 pagi ini.

"Sungguhpun begitu kapal tersebut masih panas dan dua tug bot masih menyemburkan air dalam proses menyejukkannya. Kita difahamkan proses menyejukkan kapal ini mengambil masa 24 jam, sebelum kita boleh memasuki kapal tersebut untuk membuat pemeriksaan.

"Jika keadaan mengizinkan, jurunilai akan memeriksa kerosakan kapal dan mengesahkan sama ada kapal ini selamat atau tidak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan