PAC: Terdapat perkara ganjil dalam isu PKFZ

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa KiraKira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mendapati ada beberapa perkara ganjil dalam urus niaga Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), termasuk bon yang dikeluarkan syarikat swasta perlu dibayar oleh kerajaan.

Beliau berkata ada perkara-perkara yang didapati ganjil seperti kerajaan perlu membayar bon yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat.

Dalam kenyataan akhbar oleh pengerusi LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) bertarikh 10 Ogos lepas, kerajaan perlu membayar secara beransuransur, setahun sekali, sepenuhnya kepada pemilik bon, katanya kepada pemberita selepas menyoal Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng, di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Azmi berkata dalam isu ini, PAC tidak dapat memberikan pendapat secara khusus memandangkan ia mempunyai implikasi undang-undang dan meminta pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya.

"Inilah hubungan yang kita kata ganjil yang perlu ditentukan, mungkin oleh mahkamah, katanya.

Kontroversi mengenai PKFZ, sebuah hab pengangkutan yang dibina di kawasan seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang, yang turut menempatkan gudang, blok pejabat dan sebuah hotel empat bintang, tercetus berikutan pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

LPK membeli tanah PKFZ seluas 1,000 ekar di Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) pada 2002 dengan harga RM25 sekaki persegi. KDSB kemudian dilantik sebagai pemaju bagi projek siap guna itu. KDSB telah menerbitkan bon bagi membiayai projek PKFZ.

Azmi berkata secara idealnya bon itu sepatutnya dikumpul oleh LPK memandangkan ia sebuah agensi kerajaan.

Beliau berkata, pada prosiding hari ini, Lee tidak dapat memberikan maklumat terperinci memandangkan Lembaga Pengarah PKFZ dan pasukan petugas khas yang dibentuk kerajaan telah membuat keputusan mengenai kemungkinan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tertentu.

"Dia juga mendapat nasihat daripada peguam dan kita hormati keputusan itu kerana ada implikasi jika kes itu disebut di mahkamah, mereka tidak mahu perkara ini diprejudiskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada berlaku "tuntutan berlebihan" dalam isu PKFZ, Azmi berkata perkara itu telah dibincang dengan panjang lebar.

"Saya tak dapat berikan secara terperinci kerana ini akan memberi implikasi undang-undang. Apaapa tindakan yang wajar diambil, kita sokong, terpulang kepada Lembaga Pengarah PKFZ," katanya.

Azmi berkata PAC juga dimaklumkan bahawa PKFZ sudahpun menghubungi KDSB bagi membincangkan dan mengesahkan tuntutan yang dibuat syarikat itu.

Mengenai laporan pasukan tugas khas yang dibentuk Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat perkara itu, Azmi berkata PAC tidak diberikan salinannya.

"Kita tidak dapat laporan kerana ia dirahsiakan kerana ada implikasi undangundang kerana mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata PAC berharap dapat melawat PKFZ untuk melihat sendiri keadaan di kawasan itu bagi mendapatkan gambaran sebenar.

PAC turut menjemput pengerusi atau wakil KDSB untuk disoal, Rabu depan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan