Nik Aziz sedia bersemuka Majlis Fatwa Kebangsaan - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz sedia bersemuka Majlis Fatwa Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabinabi," katanya.

Nik Aziz perlu akui kesilapan dan bertaubat - Muhyiddin

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan