Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan ditukar ke Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditukar, berikutan penularan wabak Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata upacara sambutan itu mungkin akan diadakan di tempat yang lebih kecil iaitu di perkarangan Parlimen.

"Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di perkarangan Parlimen ataupun di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen merupakan pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.

"Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita akan pilih untuk adakan di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Rais berkata kementeriannya telahpun membentangkan perkara itu kepada jemaah menteri serta mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan perhimpunan secara besar-besaran diadakan. "Kita memikirkan suasana bulan puasa dan ibu bapa yang risaukan penglibatan anak-anak mereka dalam perhimpunan besar-besaran lantaran H1N1 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berkata bahawa perhimpunan besar akan memudahkan jangkitan virus itu," katanya.

Beliau berkata walaupun sambutan kemerdekaan kali ini diadakan sederhana dan di tempat yang lebih kecil dan padat, implikasi serta slogan 1Malaysia yang menjadi tema kali ini tetap akan disemarakkan.

Rais berkata mengikut perancangan jalan menuju ke Parlimen akan disemarakkan dengan perbarisan daripada parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan mahasiswamahasiswi.

Mengenai program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur, Rais berkata ia merupakan salah satu strategi menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan warga kota selain menghidupkan suasana sambutan kemerdekaan.

"Warga kota kini agak sukar untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebab sibuk berniaga dan sebagainya, jadi kita akan ke beberapa kawasan sekitar ibu kota, serah satu Jalur Gemilang kepada pemilik premis perniagaan dan meminta mereka mengibarkannya di premis masingmasing," katanya.

Sebanyak 400 unit Jalur Gemilang diagihkan ke setiap premis perniagaan di lima lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Brickfields, Jalan Petaling, Jalan Bukit Bintang dan Kampung Baru. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan