Susulan kapal terbakar: Tiada tumpahan minyak di perairan Port Dickson

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Maritim melakukan pemeriksaan terhadap kapal tangki dari Liberia yang terbakar akibat berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut muatan curah di perairan Selat Melaka kira-kira 30 kilometer dari perairan Port Dickson malam tadi. Dalam kejadian tersebut,16 anak kapal berjaya diselamatkan manakala 9 lagi dipercayai hilang. Foto THE STAR Oleh: GLENN GUAN.
Pasukan Maritim melakukan pemeriksaan terhadap kapal tangki dari Liberia yang terbakar akibat berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut muatan curah di perairan Selat Melaka kira-kira 30 kilometer dari perairan Port Dickson malam tadi. Dalam kejadian tersebut,16 anak kapal berjaya diselamatkan manakala 9 lagi dipercayai hilang. Foto THE STAR Oleh: GLENN GUAN.

PORT DICKSON: Tiada tumpahan minyak di kawasan kebakaran kapal tangki Liberia yang membawa muatan 58,000 tan cecair naphtha dalam kejadian yang berlaku kira-kira 30 kilometer dari pantai pelancongan Port Dickson malam semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata, Jabatan Alam Sekitar masih memantau perairan itu walaupun tumpahan minyak tidak berlaku.

"Sehingga pukul 6 petang ini, api masih marak di atas kapal yang kini sudah mula senget dan pasukan penyelamat masih belum dapat menaiki kapal itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Sebuah lagi kapal yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu MV Ostende Max dari Britain telah ditunda ke tempat yang selamat di mana tiga orang krewnya di hantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan akibat kecederaan, katanya.

Ketiga-tiga rakyat Poland berusia 38, 59 dan 62 tahun itu melecur di lengan dan seorang dari mereka patah tulang rusuk akibat terjatuh dari tangga selepas berlaku pelanggaran, katanya.

Polis telah menyoal siasat anak-anak kapal yang terselamat tetapi Mazlan enggan menghuraikannya kerana terdapat laporan yang bercanggah di antara krew kapal yang terbakar, MT Formosa Product Brick serta MV Ostende Max.

Sehingga petang ini, sembilan anak kapal MT Formosa Product Brick yang hilang masih tidak ditemui manakala tiga daripada 16 yang ditemui selamat sudah keluar dari hospital dan ditempatkan di salah sebuah hotel di sini, katanya.

Lebih 50,000 kapal melalui Selat Melaka, selat sepanjang 621 batu itu setiap tahun dan menjadi semakin sempit dan kemungkinan berlaku perlanggaran kapal sentiasa ada.

Seorang jurutera syarikat minyak yang bertugas di loji penapisan minyak berhampiran memberitahu Bernama, kapal MT Formosa Product Brick membawa cecair naptha yang mudah terbakar.

"Mungkin akibat risikorisiko ini, pasukan penyelamat tidak dapat menaiki kapal itu ketika api masih menyala walaupun kebakaran yang memusnahkan bridge semakin berjaya dikawal," katanya.

Wakil dari kedutaan China, pihak insurans dan pemilik kapal sudah pun berada di Port Dickson untuk mengakses jumlah kerugian yang ditanggung akibat kemalangan itu.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Operasi mencari dan menyelamat sembilan krew kapal tangki MT Formosa Product Brick, yang terbakar akibat satu pelanggaran dengan sebuah kapal lain di Selat Melaka malam tadi, diteruskan hari ini setelah ditangguhkan pada 4 pagi tadi akibat cuaca buruk.

Pengarah Mencari dan Menyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksmana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata operasi itu melibatkan bot dan unit udara APMM, polis, bomba, Jabatan Laut serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Operasi mencari dan menyelamat ini melibatkan kawasan 20 batu persegi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 8.50 malam tadi, MT Formosa Product Brick yang didaftarkan di Liberia telah berlanggar dengan kapal MV Ostende Max yang didaftarkan di Great Britain di satu kawasan 10 batu nautika dari barat daya Port Dickson.

Keduadua kapal itu sedang menuju ke Singapura dan akibat pelanggaran itu kapal MT Formosa Product Brick dengan muatan 58,000 tan minyak naftar telah mengalami kebakaran besar.

Seramai 16 daripada 25 orang anak kapalnya termasuk kapten kapal yang sebahagian besar warga negara China, berjaya diselamatkan manakala sembilan masih hilang.

Tan berkata dua bot tunda turut membantu memadamkan kebakaran di kapal itu.

Kapal MV Ostende Max yang tidak mengalami kerosakan teruk kini berada di Jeti Port Dickson untuk siasatan.

"Kita sedang menunda kapal MT Formosa Product Brick yang hanyut 18 batu nautika dari lokasi asal dan sekarang berada di perairan Sepang. Setakat ini tiada tumpahan minyak berlaku," katanya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh pula berkata polis sedang mengambil kenyataan daripada keduadua kapten kapalkapal berkenaan untuk membantu siasatan. BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Enam belas krew termasuk kapten kapal tangki minyak yang terbakar malam tadi selamat dan dibawa ke jeti Port Dickson awal pagi ini, manakala sembilan lagi masih hilang.

Gerakan mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang itu diteruskan pada pukul 7 pagi ini dan kapal terbabit kini hanyut memasuki perairan Indonesia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata kesemua 16 anak kapal dan kapten diselamatkan antara pukul 2.30 pagi dan 3 pagi ini.

"Sebuah kapal kontena yang lalu di kawasan kemalangan turut membantu menyelamatkan anakanak kapal, ada di antara mereka yang terjun ke laut dan ada yang menggunakan bot kecil penyelamat milik kapal yang terbakar itu," katanya kepada pemberita di jeti Port Dickson awal pagi ini.

Beliau berkata majoriti anak kapal termasuk kaptennya adalah rakyat China, kecuali dua lelaki Korea.

"Mereka yang ditemui hanya cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya.

Usaha menyelamat mengalami kesukaran disebabkan bahang api yang marak malah cahayanya boleh dilihat dari 30 kilometer di pantai Port Dickson.

Kapten kapal itu, Jiang Han Cheng memberitahu pemberita, kapal mereka dalam perjalanan ke Singapura untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penghantaran kargo ke Korea.

"Ketika berada di kawasan perairan Port Dickson, kapal kami tibatiba terlanggar sisi sebuah kapal pengangkut muatan curah yang didaftar di Great Britain," katanya.

Beliau berkata sebaik berlanggar, kapal tangki itu meletup sebelum terbakar dan beliau sendiri terpaksa terjun ke laut.

Kemalangan berlaku pada pukul 9 malam tadi.

BERITA TERDAHULU

SEREMBAN: Sebuah kapal tangki minyak terbakar selepas melanggar sebuah kapal pengangkut muatan curah (bulk carrier) di perairan Selat Melaka kirakira 30 kilometer (20 batu nautika) dari perairan Port Dickson, dekat sini, semalam.

Api yang marak dari kapal tangki itu dapat dilihat dengan jelas dari pantai Port Dickson menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk merapati kawasan kemalangan akibat kepanasan yang melampau.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata kapal terbabit terdiri dari kapal tangki minyak dari Liberia dan kapal 'bulk carrier' dari Britain yang masing-masing membawa 25 orang anak kapal.

"Seramai 25 krew dari kapal tangki itu berjaya diselamatkan dan sedang dalam perjalanan ke pantai sementara krew dari kapal Britain itu tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di jeti Port Dickson di sini.

Beliau berkata kapal 'bulk carier' itu dilaporkan hanya mengalami sedikit kerosakan dan telah meneruskan perjalanan ke Singapura.

Katanya, kapal tangki berbabit masih lagi terbakar dan menunggu botbot pemadam api dari Pelabuhan Klang untuk mengawal kebakaran.

Mazlan berkata pihak bomba menerima panggilan pada 9.15 malam dan dipercayai berlaku tumpahan minyak yang besar di kawasan itu.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (ACA) agar berhatihati kerana asap yang tebal akan menjejaskan laluan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Suasana di jeti kini dipenuhi oleh para wartawan dan botbot dari jabatan laut, polis, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berulangalik menjalankan kerja-kerja menyelamat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan