Surat misteri inkues Teoh, koroner arah siasatan baru

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung satu surat misteri yang dipercayai mengandungi penemuan baru bagi membantu inkues kematian pembantu politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengeluarkan perintah kepada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkembangan terbaru itu.

"Ada beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan inkues ini, jadi saya perlu arahkan pegawai penyiasat untuk satu siasatan segera.

"Saya harap siasatan yang dijalankan terus menjurus kepada skop inkues ini," kata koroner selepas meneliti kandungan surat asal yang diserahkan kepadanya pada prosiding hari ini.

Malah koroner turut mengingatkan kepada peguam bagi semua pihak supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan surat tersebut kepada media kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebelum itu, pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 3.12 petang tadi, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menerima sepucuk surat yang mengandungi maklumat penting berhubung inkues ini.

"Pada petang semalam iaitu selepas prosiding, saya menerima sepucuk surat yang mengandungi banyak perkara dan maklumat berkenaan dengan inkues.

"Surat tersebut bertarikh 5 Ogos, tetapi saya tak boleh dedahkan kandungannya di sini (mahkamah).

"Oleh itu saya ingin membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyiasat kandungan surat itu yang sangat penting dan releven," kata Gobind.

Surat mengandungi lima muka surat bertaip lengkap berkepala surat tersebut diserahkan untuk simpanan mahkamah.

Peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan bagaimanapun taida bantahan terhadap permohonan tersebut.

"Dakwaan dalam surat ini perlu disiasat oleh polis kerana kita semua berada di sini untuk mendapatkan kebenaran berhubung perkara ini.

"Ada beberapa nama disebut dalam surat itu dan pihak polis perlu diberikan peluang untuk mengesahkan kebenaran dakwaan dalam surat ini atau pun sebaliknya," kata Tan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan