SPRM buka semula kes siasatan terhadap bekas TKM 1 P. Pinang, Fairus

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini telah membuka semula kertas siasatan ke atas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin yang telah ditutup sebelum ini.

Pihak SPRM negeri telah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan kes tersebut diserahkan kepada dua ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim di dalam satu sidang akhbar sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah menutup kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin, selepas tiada bukti kukuh untuk mendakwanya.

Sementara itu dalam reaksi segera, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri menuntut penjelasan daripada SPRM negeri itu kerana membuka semula kertas siasatan ke atas kes yang telah ditutup.

Guan Eng berkata kes kuari yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin, telah ditutup selepas tiada bukti melibatkan rasuah.

"Kenapa mereka (SPRM) masih mahu mendapatkan minit mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lepas sedangkan kes itu telah ditutup," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelantikan Irene Yeap sebagai pengerusi baru Orkestra Simfoni dan Korus Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya buat masa ini beliau tidak mempunyai masa untuk memberi keterangan kepada SPRM tetapi bersedia untuk menyerahkan laporan minit mesyuarat exco yang lepas kepada badan itu.

Tegasnya, tindakan SPRM Pulau Pinang adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak profesional yang seolaholah menyasarkan anggota pakatan pembangkang.

Sementara itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata beliau terkejut dengan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Katanya lesen guaman sivil calon BN Rohaizat Othman telah dibatalkan oleh Majlis Peguam tetapi beliau masih dipilih untuk mewakili parti.

Berbanding calon PAS Mohd Salleh Man, Lim berkata Mohd Salleh lebih berpengalaman dan calon yang sesuai untuk mewakili penduduk Permatang Pasir.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS, 31 Julai lepas berikutan serangan jantung. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan