Prof. Mohd Raduan pangku jawatan Ketua Jab. Pengajian India UM

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Mohd Raduan Mohd Ariff dilantik memangku jawatan Ketua Jabatan Pengajian India universiti itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan hari ini.

Beliau berkata pelantikan itu yang berkuatkuasa 3 Julai lepas dibuat oleh Naib Canselor UM Datuk Dr Ghauth Jasmon.

Katanya Mohd Raduan diberi tanggungjawab memperbetulkan perjalanan jabatan itu yang selama ini dibelenggu beberapa masalah dalam pengurusan akademiknya.

"Antara tindakan yang diambil termasuk mengemaskan cara pengajaran, pembelajaran dan sistem pemarkahan agar lebih jitu dan mematuhi piawaian yang diguna pakai di peringkat fakulti.

"Ini termasuk memastikan pemeriksaan tesis dan disertasi memenuhi piawaian fakulti seperti diamalkan dalam jabatan lain fakulti sastera supaya hasil kerja menepati mutu akademik yang ditetapkan," kata Khaled dalam satu kenyataan di sini.

Media baru-baru ini melaporkan tentang siasatan UM yang mengesan perbuatan salahlaku di jabatan itu termasuk dari segi pemarkahan tesis doktor falsafah (PhD) dan terlalu ramai pelajar yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama.

Khaled juga berkata Mohd Raduan sekarang sedang mengstrukturkan semula jabatan itu bagi memantapkan akademik dengan mengekalkan kursus yang sedia ada serta memasukkan bidang yang lebih luas.

Sementara itu, katanya pihak pengurusan UM sedang mencari seorang tokoh akademik keturunan India yang berkaliber dari segi akademik, pengalaman dan kepimpinan untuk menerajui jabatan itu nanti. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan