Muhyiddin: Rohaizat akan diminta buat kenyataan bersumpah

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBERANG PRAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman membuat kenyataan bersumpah bagi menjelaskan isu salah guna wang firma guaman yang terus digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu tersebut sewajarnya diserahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana penjelasan sudah dibuat sejal kelmarin.

"Isu ini sudah dijelaskan dan kalau perlu kita akan meminta Rohaizat keluarkan kenyataan bersumpah," kata beliau pada sidang media di sini lewat petang ini.

Beliau yang terdahulu mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan Pekan Permatang Pauh dan Samagagah mengulas isu membabitkan Rohaizat yang terus oleh dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya kecil ini.

Ketika ditanya adanya lagi kes seumpama itu membabitkan Rohaizat, Muhyiddin berkata, sesiapa pun boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam.

"Orang boleh buat pelbagai aduan. Kita serahkan kepada pengundi untuk menentukan kedudukannya," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tindakan Majlis Peguam ke atas Rohaizat hanya melibatkan soal disiplin selepas beliau tidak menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin.

Rohaizat tidak hadir kerana sakit pada hari tersebut.

Kata beliau, kesnya tidak melibatkan soal pecah amanah tetapi disiplin sahaja.

Tambah beliau, Rohaizat juga layak bertanding kerana beliau telah diputuskan demikian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu laporan Bernama menyebut, Muhyiddin mengingatkan pengundi supaya tidak beremosi ketika memilih calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengundi di Permatang Pasir perlu berfikir secara rasional dalam memilih wakil rakyat mereka memandangkan kawasan itu tertinggal daripada segi pembangunan ketika dipegang oleh wakil PAS selama tiga penggal.

"Dah tiga penggal iaitu 15 tahun wakil PAS pegang kawasan itu tapi apa yang mereka buat untuk bantu penduduk," katanya ketika berucap semasa melawat Pusat Peti Undi Kampung Samagagah.

Muhyiddin berkata, masih banyak pembangunan dan kekurangan di Permatang Pasir yang perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan.

"Kita perlukan calon kita menang. Kita mahu mulakan perubahan di sini dan kita nak tukar pandangan orang yang menyatakan BN tidak kuat," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Muhyiddin mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Rohaizat.

Beliau turut menyelar kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa anggota Umno tidak masuk syurga dan meminta pengundi Permatang Pasir menilai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama.

"Patut Majlis Fatwa buat kenyataan bahawa jika dia sebut begitu, dia tak boleh dipanggil tok guru," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan