Kes liwat: Anwar lantik Raja Aziz peguam utama

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Raja Aziz Addruse sebagai peguam utama bagi mengendalikan kes liwat keduanya.

Beliau menggantikan Sulaiman Abdullah yang menarik diri kerana sakit bulan lalu.

Raja Aziz merupakan peguam utama barisan peguam yang menguruskan kes Anwar membabitkan penyalahgunaan kuasa 11 tahun lalu.

Selain Raja Aziz, tiga peguam yang turut dilantik untuk mewakili Anwar ialah Datuk Param Cumaraswamy, Karpal Singh dan Datuk C.V. Prabakaran.

Ia dinyatakan oleh salah seorang peguam Anwar kes ini, N. Sankara Nair dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan