Inkues Teoh: Saksi SPRM tergamam secara tiba-tiba

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemangku Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail, secara tiba-tiba tergamam dan tidak dapat menjawab ketika disoal-siasat oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan, tentang bagaimanakah siasatan dijalankan ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Ketika Tan meminta saksi ke-16 inkues kematian Teoh ini menjelaskan situasi proses tersebut dijalankan, Mohd Anuar, 32, hanya diam seolah-olah tidak memahami soalan yang diajukan kepadanya.

"Semasa kamu masuk ke dalam bilik tersebut (bilik soal siasat dijalankan) bagaimana suasana semasa Nadzri (Mohd Nadzri Ibrahim) rakam percakapan Teoh?" soal Tan.

Mohd Anuar bagaimanapun hanya diam dan seolah-olah tergamam dengan soalan tersebut.

Tan bagaimanapun mengulangi beberapa kali soalan yang sama malah turut mempermudahkan soalan tersebut namun Mohd Anuar masih menunjukkan reaksi yang beliau tidak faham.

"Tak mengapa kalau kamu tak dapat nak terangkan situasi pada ketika itu, tapi adakah kamu tanya kepada mereka (Teoh dan Nadzri) sama ada terdapat apa-apa masalah?" soal Tan.

Kemudiannya Mohd Anuar lantas menjawab beliau ada bertanya kepada kedua-dua mereka jika terdapat apa-apa masalah.

"Saya ada bertanya kepada Nazri dan Teoh sekiranya ada apa-apa masalah yang timbul semasa merakam percakapan.

"Nazdri maklumkan tidak ada apa-apa masalah, namun Teoh hanya mendiamkan diri," jawab Mohd Anuar.

Mohd Anuar yang bertindak sebagai pegawai penyiasat bagi kes siasatan terhadap aduan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri berkata, rakaman percakapan Teoh dibuat pada 16 Julai lalu berhubung siasatan dakwaan salah guna peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Jelas Mohd Anuar, rakaman percakapan Teoh dibuat antara pukul 1.30 pagi dan 3.30 pagi hari yang sama dan beliau sempat memerhatikan keadaan itu antara dua ke tiga minit.

"Saya hanya berada di situ lebih kurang dua, tiga minit," katanya dan memberitahu bahawa Teoh tidak digari sepanjang berada di pejabat SPRM dan proses rakaman percakapan dibuat dalam keadaan pintu bilik yang sentiasa terbuka.

Mohd Anuar juga memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas bahawa selepas menjenguk Teoh dan Nadzri beliau kemudiaanya tidur di sofa di ruang rehat pegawai.

"Kemudian dalam pukul 3.30 pagi saya pergi ke tandas dan buat keputusan untuk tidur di surau... saya tidur sehingga pukul 5 pagi," katanya.

Dalam prosiding tersebut juga Tan mencadangkan supaya rakaman percakapan Teoh oleh pegawai SPRM dikemukakan kepada mahkamah untuk diteliti bagi membantu siasatan berhubung kematiannya.

Tan juga mencadangkan supaya koroner membaca keterangan tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada ia relevan ataupun tidak untuk diserahkan kepada semua pihak yang terlibat mengendalikan kes itu.

Cadangan tersebut disokong oleh Pengarah Perundangan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Abdul Razak berkata rakaman itu boleh menunjukkan bagaimana tahap pemikiran dan mental Teoh sepanjang siasatan dijalankan.

Bagaimanapun peguam yang mewakil keluarga Teoh, Gobind Singh Deo membantah kerana pada pendapatnya keterangan itu tidak banyak membantu dan ia tidak akan menunjukkan keadaan sebenar Teoh sebelum meninggal dunia.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan