Bangkit isu Rohaizat, kami bukan pengecut, kata PAS

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBERANG PRAI: "Tidak, bukan kami takut untuk hadapi saingan," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub apabila ditanya respons Barisan Nasional (BN) dan Umno terhadap kenyataan parti itu semalam yang mahu Rohaizat Othman agar menarik diri daripada bertanding.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pihaknya membangkitkan isu berkenaan kerana calon BN itu kini sudah menjadi "kepentingan awam" apabila diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

"Ini bukan lagi urusan BN... ia kesilapan Umno dan BN memilih calon dan meletakkan di Permatang Pasir," kata beliau pada sidang media harian PAS hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga tidak hanya bersandarkan isu Rohaizat sebagai modal untuk meraih undi di Permatang Pasir.

"Kami ada beberapa isu dan akan didedahkan selepas ini," katanya.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan PAS sebagai "tindakan pengecut" manakala calon BN, Rohaizat pula menganggap PAS sudah pun tewas secara moral dan takut untuk menghadapi saingan dengan membangkitkan gesaan beliau harus tarik diri.

Pakatan Rakyat menggunakan isu lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya sebagai modal kempen sejak hujung minggu lalu.

Pada pilihan raya kecil ini, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu.

Hari ini beliau turut mengulangi cabaran agar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon BN pada pilihan raya keci DUN Permatang Pasir.

Katanya, tempoha cabaran 24 jam itu bermula 6 pagi tadi.

semalam, Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu dekat sini, malam tadi.

Dipetik Bernama beliau mendakwa Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan